Tuesday, November 19, 2013

akhir zaman.


Dunia ni penuh dengan penipu, tukang ikut tipu dan seterusnya secara tak langsung, pemfitnah. Ke penfitnah.

Ye. Aku faham kita semua sedang melengkapi ciri-ciri akhir zaman yang di mana dunia akhirnya penuh dengan fitnah.

Serious lah. Aku annoyed dengan news feed yang penuh dengan artikel tidak bertauliah. Restoran haram. Minyak angin haram. Makanan haram. Brand haram. Nasi kandar haram.

Paling baru…. yang ’23 orang hilang dalam villa nabila’. Yang share tu biasalah. Yang extreme sikit tulis caption

‘aku dah pergi dah dekat villa Nabila, tengok polis dan bomba melakukan kerja mencari. Jangan percaya media kata sorang je hilang. Rakyat ditipu. Kalau kau datang sini, baru kau tau 23 orang memang betul hilang. Mak bapak deorang ada kat sini tunggu jugak’

‘aku ada masa ‘survivor’ sorang tu kena interview ngan wartawan. Katanya dia dirasuk. Benda tu kata suruh pulangkan balik benda entah apa kalau tidak dia akan ambil budak perempuan’

bak kata sarimah Ibrahim pagi tadi --- what on earth?

Yang paling mengarut. Siap ada video budak kena rasuk. Bila orang tanya mana budak yang hilang tu, siap boleh cakap kena sembunyikan lah, amek barang lah, entah apa benda entah. Penipu grade A+++++++++ apa bila khabar akhirnya mendedahkan budak lelaki yang hilang itu rupanya hilang dalam kebahagiaan bersama teman wanitanya di sebuah rumah. 

Eh suka aku je nak menuduh orang yang buat video tu menipu kan? Mungkin betul dia dirasuk. So sekarang sama ada orang yang dirasuk itu menipu atau hantu yang merasuk itu menipu rakyat jelata.

Aku kan, macam termenung masa kat klinik tadi, begitu kreatif mereka dalam soal reka cerita. Mungkin betul 23 orang hilang, mungkin betul hanya 1 orang saja yang hilang. Aku tak Nampak dengan mata sendiri, tak dengar dengan telinga sendiri, maka aku tak boleh nak buat konklusi.

‘what is the diagnosis for this case?’ doktor tanya aku.

Blink. Mampus. Aku tak dengar soalan tu.

‘what is the diagnosis for this case???’ doktor tanya aku dan pandang aku dengan lebih intense.

Nasib baik dia ulang soalan. Kalau tak kantoi macam tu je aku berangan. Aku menyalahkan penglipur lara sekelian sebab kreatif sangat. Kan dah distract aku.

Aku teringat pulak cerita nasi vanggey yang difitnah disalut oleh najis manusia…. Najis manusia kot! Kau nak fitnah pun beragak lerr. Kalau cakap disalut dengan coklat putih yang cair di dalam mulut tu aku boleh terima lagi. Najis manusia. Aku yang terbaca status yang di’share’ tu pun automatik terkeluar perkataan bodoh. Aku baca sekali pun dah tau tak payah nak percaya benda ngarut sungguh macam ni.

‘kau ni.. cuba cakap benda yang baik baik…..’ individu itu menegur secara hikmah.

‘takdelah. Cuba kau baca ni. Serius ah. Benda ni pun orang percaya?’

‘hahaha. Biasalah deorang niii.. main share je.. bukan tau benda tu betul ke tak’

aku tengok facebook balik.

10 minit lepas tu, profile individu yang sama itu muncul kat news feed. Dengan status yang di’share’d..
“McD haram. KFC haram. Blablabla haram sebab guna blablabla khinzir. Yang diperolehi dari blablabla. Kerana ingin menghancurkan umat islam.”

Sekali lagi macam nak terkeluar dah perkataan yang ‘tak baik’ kat atas tu tadi. Nasib baik kau kat sebelah aku. Mungkin dalam 10 minit itu dia telah mengkaji secara mendalam tentang kesahihan berita itu. Mungkin. Mungkin juga tidak. Tapi sebab dia selalu suruh aku sangka baik, maka mungkin ya. Pehal dia taknak sangka baik kat restoran haram haram di atas tu aku tak pasti lagi kenapa. Mungkin sebab mereka di’established’ oleh zionis.. maka itu adalah lesen untuk kita, umat islam, umat nabi Muhammad S.A.W ni, untuk bersangka buruk dan memfitnah mereka. Kau rasa nabi setuju tak kau fitnah orang, even musuh? Main kotor tu. Mentality kelas ketiga.

Kalau kau fikir aku cakap camni sebab aku penyokong dan pelanggan tegar McD serta KFC, starbucks, secret recipe, tutti frutti, baskin robbin, nasi kandar pelita, minyak yu yee cap limau dan segala restoran yang telah di’haram’kan oleh kita kita ni semua… mungkin kau silap. Kena adil la kan.

Lepastu apabila dah satu Malaysia heboh dengan keharaman produk-produk dan restoran-restoran yang naik maju ni.. tiba-tiba keluar surat rasmi jakim, atau lab report oleh dua lab yang berbeza mengatakan produk mereka ini bebas dari DNA khinzir, atau disahkan halal oleh jakim… mereka berkata..

‘JAKIM tu sebenarnya telah dirasuah’
‘lab tu telah dirasuah… Komplot… Nak jatuhkan umat islam… Rasuah… Korup…. Najib…. BN…. UMNO….. Macai….. Rosmah naik jet…. Rakyat ditipu…’ sampai ke cerita altantuya.

Entah macam mana restoran maju-maju tersebut nak buktikan pada mereka ni, yang mereka gunakan produk halal. Aku pun tak tau.

Bila pemimpin kesayangan mereka difitnah ajaran sesat lah, sodomi lah, berpura-puralah.. tetiba terus media tak boleh dipercayai. Tetiba terus fikir fitnah. Tetiba baru suruh sangka baik.

Aku nak tanya. Kau panggil orang macai, habis kalau orang macam ni dipanggil apa? Kau cakap macai sentiasa percaya segala berita dan alasan yang disogokkan akhbar utusan dan orang UMNO, habis yang kau yang sentiasa menganga bila kena suap dengan segala berita dan akhbar harakah tu apa nama gelarannya?

Aku bukan pro-kerajaan pun aku nak cakap macamni. Sebab aku sedar, pemimpin pemimpin kerajaan waktu sekarang ni pun penuh dengan ayat bodoh alasan bodoh apabila diminta untuk beri komen kenapa harga ni naik tu naik duit hilang jet mahal. Sampai aku rasa mereka patut shut up sebab yang keluar dari mulut mereka hanyalah alasan dan komen yang tak munasabah langsung! Aku tau pengikut tegar pro-kerajaan ni pun ada ramai yang kurang pandai apabila sentiasa percaya apa yang diulas oleh media utama dan komen pemimpin mereka. Tapi aku nak cakap jugak, penyokong pembangkang pun sama macai je sebenarnya.

Kalau kau buat hypothesis sendiri yang anwar Ibrahim tu sebenarnya suci murni bebas dari dosa sodomi dan najib bersalah sebab ada kena mengena dengan pembunuhan altantuya hanya berdasarkan kronologi berita dan cerita, fikirlah balik. Kenapa taknak bersangka baik pada dua-dua situasi di atas? Engkau layak ke melabel dia ni pendosa? tak boleh percaya sebab bini dia pun tak pakai tudung. Yang dia ni boleh percaya. Kau tengok keluarga dia. Islamik.

Hebat umat kita sekarang. Boleh tembus terus lihat dosa pahala orang.  


No comments:

Post a Comment